Tuesday, December 17, 2013

Selamat berjuang Abang Mat Sabu





Zaman sekarang benar benar sudah pelik. Mana tidaknya, orang yang dituduh diminta mengemukakan bukti. Apabila seseorang itu ditudah, si penuduh mestilah mempunyai bukti yang kukuh untuk menuduh sesaorang. Itulah yang menimpa kepada abang Mat kita atau dikenali sebagai Mat Sabu. Tidak dinafikan bahawa isu yang dikenakan kepada abang Mat sekarang ini adalah salah satu cara untuk mengalihkan perhatian rakyat Malaysia daripada isu kenaikkan harga barang. Tuduhan yang dikenakan adalah tidak berasas sama sekali dan ianya amat melucukan. 


Mengapa Zahid Hamidi menjadikan Mat Sabu sebagai sasaran? Ia tidak lain dan tidak bukan adalah kerana Mat Sabu memiliki kekuatannya yang tersendiri. Tidak dinafikan bahawa Mat Sabu adalah orang yang kuat memperjuangkan hubungan baik diantara PAS dan juga DAP. Kalau masa dahulu kerjasama PAS dengan DAP adalah sangat-sangat mustahil untuk direalisasikan kerana perjuangan parti mereka adalah berbeza. Dengan adanya Mat Sabu, ia dapat mengeratkan hubungan kerjasama sesama mereka kerana nawaitu mereka untuk menumbangkan UMNO adalah yang lebih utama. Dengan adanya kerjasama diantara PAS dengan DAP, orang cina tidak segan silu memberikan undi yang solid kepada PAS walaupun UMNO memainkan isu hudud untuk menakutkan kaum cina. Perkara inilah yang amat menggusarkan mereka kerana mereka tahu sekiranya mereka tidak mematahkan hubungan ini, mereka akan mengalami kesukarkan dalam PRU ke 14.

Oleh yang demikian, serangan kepada tulang belakang PR perlu dilakukan bagi mengembalikan sokongan orang melayu kepada UMNO. Mereka tahu orang melayu amat sensitive dengan isu syiah, dan isu kalimah Allah. Dua isu ini UMNO akan gunakan sepenuhnya setiap kali hendak pilihanraya bagi menunjukkan merekalah jaguh kepada pembela agama. Dengan member tuduhan Mat Sabu adalah syiah adalah salah satu retorik bagi menyerang PR. Mereka akan menggunakan isu ini bagi menakutkan orang-orang melayu. 

Ini adalah satu cabaran kepada Mat Sabu dan juga PR bagi menangkis tomahan yang diberikan. Apa yang perlu dilakukan oleh pimpinan PR adalah penerangan serta serangan balas kepada Zahid hamidi bagi membersihkan nama Mat Sabu. Jangan biarkan beliau keseorangan menangkis isu ini. PR harus tahu apa jua serangan yang dikenakan kepada PAS, ia perlu dirasai oleh DAP dan juga PKR. Pimpinan DAP dan juga PKR perlu memberikan tekanan yang kuat kepada kerajaan mengenai isu ini. 

Kepada Mat Sabu, selamat berjuang menegakkan keadilan di Malaysia.

No comments:

Post a Comment