Friday, December 20, 2013

Malaysia menuju negara kuku besi!



Selepas PRU 13, kita sedang menyaksikan suatu pesta kenaikkan kos kehidupan di Malaysia. Ini menunjukkan apa yang PR laungkan undi BN, Barang Naik adalah kenyataan dan bukan lagi satu penipuan. Apa yang lebih parah dalam negara kita ini adalah Malaysia bukan menuju ke arah negara maju, malah menuju kea rah negara kuku besi.
Mengapa saya katakana negara ini sedang menuju kea rah negara kuku besi? Ini kerana kerajaan masa kini tidak lagi mendengar keluhan rakyat. Rakyat mengeluh dengan harga barang mahal sebelum PRU 13 lagi. Kerajaan cakap akan mengkaji, apabila kajian dibuat maka penyelesaiannya naikkan harga minyak selepas PRU 14. Apabila rakyat marah dan bising, maka mereka cakap akan dibuat kajian lagi. Apa yang lebih malang sebagai rakyat Malaysia, harga elektrik di naikkan, GST, harga tambang bas, perkhidmatan awam. Apa yang merunsingkan adalah gaji yang kita perolehi masih ditakok lama. Adakah ini boleh dikatakan sebuah negara demokrasi?
Sebuah negara demokrasi adalah kerajaan yang mengambil berat tentang masalah rakyatnya serta membincangkannya terlebih dahulu sebelum melaksanakannya. Ia tidak hanya buat pilihanraya setiap 5 tahun kali sehari sahaja, malah ia lebih dari itu. Kerajaan perlu mendengar apa yang dikatakan oleh pihak PR. Setiap kalai usul yang dikeluarkan oleh PR, parlimen menolak mentah-mentah. Apabila PR mengusulkan untuk membincangkan kehilangan wang negara, speker menolak mentah mentah..Hendak membincangkan pasal banjir yang dialami oleh rakyat Malaysia pun ditolak mentah. Adakah ini demokrasi?
Sebuah negara demokrasi perlulah mempunyai media yang bersih dan telus. Apa yang kerajaan lakukan mengawal media adalah satu bentuk penindasan kepada rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia dinafikan haknya. Rakyat berhak tahu apa yang berlaku perkara sebenarnya di negara sendiri. Apabila media melaporkan sesuatu perkara yang menyentuh soal kredibiliti kerajaan, kerajaan menggantung media tersebut. Ini sudah cukup bukti Malaysia menuju sebuah negara kuku besi!!

No comments:

Post a Comment