Monday, December 16, 2013

Fitnah dunia akhir zaman


Di antara tanda-tanda dunia akhir zaman adalah pemimpin yang bodoh dijadikan pemimpin dan orang yang zalim akan disanjung tinggi manakala orang yang alim akan dihina. Perkara inilah yang sedang berlaku di dalam negara-negara Islam dimana pemimpin-pemimpin yang tidak cerdik dalam pentadbiran di jadikan pemimpin. Ini menunjukkan apa yang Nabi Muhammad SAW menerangkan tanda-tanda kiamat benar-benar sedang berlaku bukan sahaja di negara kita, malah berlaku di kesemua negara-negara Islam.

Mengapa perkara ini boleh berlaku? Ia berlaku apabila Islam itu dipandang pelik pada masa sekarang. Agama Islam tidak lagi di anggap sebagai penyelesaian kepada masalah yang berlaku. Ini kerana mereka menganggap Islam itu hanya boleh digunakan ketika berada di masjid. Luar daripada masjid ia tidak boleh dicampur adukkan dengan soal pentadbiran, politik, serta urusan kehidupan kita.



Walhal agama Islam mengajar kita bahawa politik adalah salah satu cabang dari Islam. Politik wajib berpandukan kepada ajaran Islam kerana Islam mengajar erti amanah dalam sesuatu urusan. Apabila urusan kita tidak berpandukan Al Quran yang diturunkan kepada kita hanyalah sedap didengar akan tetapi intipati kandungan dalam Al Quran tersebut tidak digunakan untuk urusan politik dan juga kehidupan. Maka apabila kita membelakangkan Islam, bala dari Allah turun satu persatu. Apa yang negara kita sedang alami sekarang ini adalah salah satu bala dari Allah. Kita semua sedia maklum kes kes jenayah semakin meningkat, nyawa tidak lagi dianggap sesuatu yang berharga, bangunan runtuh sana sini, dan bencana alam banjir di pantai timur menunjukkan bahawa negara kita sekarang ini sudah tiada keberkatan.

Sudah tiba masanya kita semua harus kembali kepada islam kerana dengan cara inilah hidup kita akan selamat. Apabila kita berpandukan kepada ajaran islam yang sebenar, nescaya Allah akan memberikan keberkatan kepada kita semua.

No comments:

Post a Comment