Selepas PRU 13, kita sedang menyaksikan suatu pesta
kenaikkan kos kehidupan di Malaysia. Ini menunjukkan apa yang PR laungkan undi
BN, Barang Naik adalah kenyataan dan bukan lagi satu penipuan. Apa yang lebih
parah dalam negara kita ini adalah Malaysia bukan menuju ke arah negara maju,
malah menuju kea rah negara kuku besi.
Mengapa saya katakana negara ini sedang menuju kea rah negara
kuku besi? Ini kerana kerajaan masa kini tidak lagi mendengar keluhan rakyat.
Rakyat mengeluh dengan harga barang mahal sebelum PRU 13 lagi. Kerajaan cakap
akan mengkaji, apabila kajian dibuat maka penyelesaiannya naikkan harga minyak
selepas PRU 14. Apabila rakyat marah dan bising, maka mereka cakap akan dibuat
kajian lagi. Apa yang lebih malang sebagai rakyat Malaysia, harga elektrik di
naikkan, GST, harga tambang bas, perkhidmatan awam. Apa yang merunsingkan
adalah gaji yang kita perolehi masih ditakok lama. Adakah ini boleh dikatakan sebuah
negara demokrasi?
Sebuah negara demokrasi adalah kerajaan yang mengambil berat
tentang masalah rakyatnya serta membincangkannya terlebih dahulu sebelum
melaksanakannya. Ia tidak hanya buat pilihanraya setiap 5 tahun kali sehari
sahaja, malah ia lebih dari itu. Kerajaan perlu mendengar apa yang dikatakan
oleh pihak PR. Setiap kalai usul yang dikeluarkan oleh PR, parlimen menolak
mentah-mentah. Apabila PR mengusulkan untuk membincangkan kehilangan wang
negara, speker menolak mentah mentah..Hendak membincangkan pasal banjir yang
dialami oleh rakyat Malaysia pun ditolak mentah. Adakah ini demokrasi?
Sebuah negara demokrasi perlulah mempunyai media yang bersih
dan telus. Apa yang kerajaan lakukan mengawal media adalah satu bentuk
penindasan kepada rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia dinafikan haknya. Rakyat
berhak tahu apa yang berlaku perkara sebenarnya di negara sendiri. Apabila
media melaporkan sesuatu perkara yang menyentuh soal kredibiliti kerajaan,
kerajaan menggantung media tersebut. Ini sudah cukup bukti Malaysia menuju
sebuah negara kuku besi!!